Pendidikan Khas

Pengenalan

Perbezaan dalam kalangan murid merupakan satu norma dalam pendidikan kita.  Perbezaan ini mewujudkan pelbagai kebolehan serta kemampuan dalam menjalani kegiatan fizikal, menyelesaikan masalah, ingatan, mengurus dan mengawal emosi serta berkomunikasi dan bergaul dengan rakan sebaya.

Namun, ada kanak-kanak yang menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang berbeza daripada kanak-kanak biasa, misalnya keupayaan kognitif dan fizikal yang terhad, kesukaran berinteraksi atau berkomunikasi.  Kanak-kanak ini mungkin menghadapi masalah tertentu seperti masalah ketidakupayaan dari segi fizikal, masalah penglihatan, pendengaran, pertuturan, emosi dan tingkahlaku, masalah pembelajaran, terencat akal atau pintar cerdas. Kanak-kanak ini dikategorikan sebagai ‘kanak-kanak berkeperluan khas’.

Menurut Individuals With Disabilities Act (IDEA), kanak-kanak berkeperluan khas termasuklah mereka yang menunjukkan satu atau beberapa keadaan yang memerlukan pendidikan serta perkhidmatan khas.

Masalah Kerosakan Sensori

Masalah kerosakan sensori termasuklah ketidakupayaan melihat, mendengar dan menerima maklumat melalui rangsangan deria dan masalah kecacatan fizikal yang menghadkan keupayaan psikomotor murid berikut.  Antara masalah kecacatan fizikal adalah cerebral palsy, spina bifida dan muscular dystrophy.

Apa itu Spina Bifida?

Spina Bifidaialah ketidakupayaan yang disebabkan oleh kecacatan pada tulang belakang.  Kecacatan ini disebabkan oleh perkembangan fetal yang tidak normal.  Kecacatan Spina Bifida terdiri daripada 3 keadaan iaitu Spina Bifida Occulta, Meningocele  dan Myelomeningocele.  Myelomeningocele ialah keadaan spina bifida yang paling serius dan mungkin menyebabkan kelumpuhan pada anggota kaki dan tubuh badan.

Apa itu Muscular Dystrophy?

Muscular Dystrophyialah kelemahan dan kemerosotan sel-sel otot.  Ia bersifat progresif dan murid yang menghadapinya akan menjadi semakin lemah sehingga keadaannya menjadi lumpuh.  Guru perlu mengetahui bahawa murid yang berada dalam keadaan ini akan berasa letih dan perlu diberi masa rehat.  Guru juga perlu bersedia membantu murid apabila ia mula kehilangan fungsi-fungsi psikomotor tertentu.  Di samping itu, guru harus melengkapkan diri dengan pengetahuan tentang penggunaan kerusi roda, alat pendakap serta ubat-ubatan.

Apa itu Cerebral Palsy?

Cerebral - bermaksud berlaku sesuatu pada otak.

Palsy- kelemahan seseorang individu dalam melakukan pergerakan atau memposisikan badan.

Cerebral Palsy (CP) adalah sekumpulan keadaan yang menyebabkan masalah pergerakan otot atau posture (kedudukan tubuh) yang disebabkan oleh kecederaan bahagian otak.

Ia juga boleh dikategorikan sebagai ketidakfungsian pergerakan-pergerakan otot yang tidak boleh dikawal.  Terdapat 3 jenis CP  iaitu :

  • Spastic Cerebral Palsy
  • Athetoid Cerebral Palsy
  • Ataxic Cerebral Palsy

Biasanya mereka yang mengalami masalah CP akan mempunyai masalah lain seperti kerosakan daya pemikiran, sawan, penglihatan dan pertuturan.

Terdapat 3 faktor yang menyebabkan berlakunya CP.

  • Sebelum lahir
  • Semasa lahir
  • Selepas lahir

Sebelum lahir

- Berlaku ketika ibu mengandung disebabkan oleh jangkitan kuman, demam campak, ubat-ubatan yang diberi mengandungi bahan estrogen dan hormon tiroid, minum arak, hisap rokok, pengambilan dadah, pendarahan uri dalam rahim ketika kandungan berusia 6 bulan dan kencing manis.

Semasa lahir

-Berlaku apabila bayi kurang mendapat bekalan oksigen ke otak, penyakit kuning dan pendarahan uri.

Selepas lahir

- berlaku apabila bayi mendapat penyakit kuning yang terlalu tinggi, jangkitan kuman di selaput otak dan pendarahan di dalam otak yang disebabkab oleh kemalangan.

Sebab-sebab lain

- Masalah genetik, ibu yang terlalu muda, bayi pramatang dan bayi yang beratnya terlalu rendah

Semua murid CP akan mengalami masalah pergerakan badan.  Walaupun CP berlaku sejak lahir, tanda-tanda CP hanya boleh dilihat dengan lebih jelas pada usia anak di antara 1 hingga 3 tahun.  Ibu bapa dan kadangkala pegawai perubatan mungkin tidak dapat mengecam masalah CP sehingga ia lebih ketara iaitu apabila kanak-kanak membesar.  Tanda-tanda awal yang penting untuk diperhatikan ialah seperti :-

  • Tidak boleh berpusingcarta perkembangan fizikal kanak-kanak
  • Tidak boleh duduk
  • Tidak boleh merangkak
  • Masalah penyusuan
  • Menangis dengan lemah atau terlalu tinggi
  • Otot bayi terlalu keras atau terlalu lembut
  • Pergerakan yang kurang pada otot yang terbabit dengan masalah pergerakan otot
  • Air liur yang tidak dapat dikawal
  • Sendi otot yang keras menyebabkan kaki menjadi keras

Walaupun masalah kerosakan otak tidak bertambah, tetapi manifestasi CP dari segi pergerakan dan kedudukan mungkin lebih ketara apabila usia murid bertambah.

Jenis-jenis Cerebral Palsy

1. Diplegia – melibatkan sama ada kedua-dua kaki atau tangan

2. Triplegia – melibatkan tiga anggota badan

3. Quadriplegia - melibatkan keempat-empat anggota badan

4. Hemiplegia – melibatkan separuh bahagian badan

5. Monoplegia - melibatkan hanya satu anggota badan

CP boleh dielakkan dengan mengambil langkah berikut ketika kehamilan :-

  • Pemakanan yang seimbang
  • Tidak merokok
  • Elakkan pengambilan dadah

Diagnosis Cerebral Palsy

Diagnosis CP boleh dibuat dengan melakukan pemeriksaan yang teliti terhadap murid yang terlibat.  Pemeriksaan seperti MRI iaitu (Imej Bahagian Otak) adalah penting dilakukan bagi menentukan bahawa tiada faktor lain yang menyebabkan CPOleh kerana CP dikaitkan dengan masalah perkembangan bayi, maka ujian lain perlu dilakukan untuk memastikan masalah lain tidak berlaku.

Botulinum toxin (Botox) adalah sejenis toksin yang menyebabkan keracunan makanan.  Ia banyak digunakan dalam pembedahan kosmetik.  Dalam konteks CP, ia digunakan untuk mengurangkan ketegangan otot.  Penggunaan botox membolehkan otot menjadi lembut dan terapi fizikal senang dilakukan.

Bila anda perlu mendapat khidmat doktor jika mempunyai anak yang mengalami CP?

  • Sawan
  • Sembelit yang tidak sembuh dengan ubatan di rumah
  • Masalah kulit yang tidak baik yang menyebabkan kesakitan
  • Masalah pemakanan
  • Sendi yang terlalu tegang
  • Masalah membuang air kecil

Ujian yang perlu dilakukan ialah…

  • Ujian kecerdikan (IQ assessment)
  • Ujian Gelombang Otak (EEG) jika mengalami sawan
  • Ujian mata untuk memastikan kanak-kanak boleh melihat
  • Ujian pendengaran

Rawatan

  • Fizikal terapi
  • Ubat-ubatan untuk mengurangkan kekejangan otot
  • Pembedahan untuk mengurangkan kekerasan sendi atau otot
  • Berurut
  • Pemeriksaan gigi
  • Terapi tingkahlaku (behavior therapy)

Apa itu Masalah Pembelajaran?

Masalah Pembelajaranialah kecacatan yang menghalang kemajuan akademik seseorang individu.  Masalah Pembelajaran merupakan suatu masalah neurologi yang berkaitan dengan cara otak menerima, memproses, menganalisa dan menyimpan maklumat.  Hasilnya ialah murid-murid mungkin menghadapi masalah seperti membaca dan menulis, mengira, mengurus, mengingat kembali dan menyelesaikan tugasan peringkat tinggi.  Keadaan ini mengakibatkan kadar pembelajaran murid-murid tersebut berbeza dengan murid yang tidak menghadapi masalah ini.  Antara masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti adalah:

Masalah membaca

  • Pembelajaran bahasa lewat dan mungkin mempunyai perbendaharaan kata yang terhad.
  • Membaca dengan perlahan.
  • Penyebutan yang tidak tepat dan kurang fasih.
  • Menghadapi masalah mempelajari huruf abjad dan bunyi kepada huruf serta kesukaran dalam mengingati bunyi tersebut.
  • Membuat banyak kesilapan semasa membaca dan perlu mengulang atau berhenti seketika.
  • Sering menterbalikkan perkataan, misalnya ‘b’ menjadi ‘d’, ’18’ menjadi ’81’ dan ‘on’ menjadi ‘no’.
  • Masalah kefahaman, iaitu sukar mengenal pasti idea utama, mengingat kembali fakta asas dan peristiwa dalam aturan yang betul serta membuat kesimpulan dan analisis bahan yang telah dibaca.

Masalah menulis

  • Tulisan yang tidak kemas dan cara pegang pensel yang janggal.
  • Menghadapi masalah atau kesukaran menjelaskan idea melalui penulisan.
  • Susah menguruskan apa-apa yang hendak dikatakan atau tidak dapat memikirkan perkataan yang sesuai dalam penulisan atau perbualan.

Masalah mengira

  • Keliru dengan simbol Matematik dan salah baca nombor.
  • Sukar mengingati fakta Matematik, misalnya istilah-istilah Matematik.
  • Keliru tentang operasi dan konsep Matematik.

Masalah komunikasi

  • Menghadapi masalah dalam resepsi bahasa atau pendengaran.
  • Melibatkan kemahiran berkomunikasi.
  • Kesukaran memilih perkataan yang sesuai.
  • Tindak balas yang lewat dan sering disalahtafsirkan sebagai kegagalan memahami sesuatu atau keengganan melibatkan diri dalam aktiviti kelas.
  • Kanak-kanak ini cenderung menggunakan bahasa yang mudah, bahasa yang kurang matang dan tidak dapat menceritakan semula sebuah cerita dalam urutan yang betul.
  • Masalah memahami lawak jenaka, komik atau sindiran.
  • Masalah dalam mengikut arahan.
  • Mungkin tidak mengikuti peraturan sosial semasa perbualan seperti tidak menunggu giliran untuk bercakap.

Komponen Pendidikan Muzik, Gerakan Badan dan Drama

Skop Komponen Pendidikan Muzik melibatkan nyanyian, permainan alat-alat muzik dan pergerakan.  Kurikulum Pendidikan Muzik dapat mengembangkan minat, bakat dan potensi murid-murid.  Kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai akan melahirkan murid-murid yang berkeyakinan, berkemahiran dan berketerampilan serta bersikap positif dari aspek emosi dan sosial dalam kehidupan.

Antara objektif dalam komponen ini membolehkan murid ;

1. Mengembangkan bakat dan minat dalam bidang nyanyian, tarian dan lakonan.

2. Mengamalkan semangat kerjasama dan berdisiplin dalam kumpulan.

3. Mahir menggunakan alat-alat muzik.

4. Melakukan gerakan mengikut rentak lagu.

5. Mengawal koordinasi anggota badan.

murid-murid kepelbagaian murid

“Setiap individu mempunyai kepelbagaian kecerdasan yang berbeza.  Begitu juga dengan murid-murid Pendidikan Khas.  Bagi murid-murid Pendidikan Khas ini mereka lebih cenderung kepada bidang seni visual dan muzik.  Ada di antara mereka yang mempunyai bakat seperti menari dan bermain alat muzik.”

About these ads

2 thoughts on “Pendidikan Khas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s